Lebih 100 juta orang terima suntikan vaksin Covid-19

PARIS – Lebih 100 juta suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh dunia, demikian menurut angka daripada sumber-sumber rasmi semalam.

Bagaimanapun, tiada satu pun daripada 29 negara paling miskin di dunia memulakan kempen vaksinasi massa.

Israel berada di hadapan dengan  37 peratus populasinya sudah menerima sekurang-sekurangnya satu dos sementara lebih satu perlima menerima dos kedua.

ORANG ramai beratur untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Konvensyen Jacob K. Javits di Bandar Raya New York pada 13 Januari lalu. – AFP

Namun, lebih satu pertiga umat manusia tinggal di negara-negara yang mana kempen vaksinasi masih belum bermula.

Selepas Israel, negara-negara yang paling banyak memberikan suntikan vaksin adalah di rantau Amerika Utara, Eropah dan Teluk Parsi.

Warga Emas Jadi Penerima Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia

Britain mengetuai kelompok tersebut dari sudut perkapita dengan suntikan vaksin diberikan kepada 13.7 peratus rakyatnya diikuti Amerika Syarikat (32.2 juta suntikan vaksin/7.9 peratus).

Kesatuan Eropah yang bertelagah dengan AstraZenecca berhubung bekalan vaksin, memberikan cuma 12.7 juta suntikan vaksin kepada 2.3 peratus populasinya.

China pula memberikan 24 juta suntikan manakala hab pembuatan vaksin, India sudah menyuntik empat juta dos vaksin mewakili peratusan kecil penduduknya.

Negara EU yang merekodkan prestasi vaksinasi terbaik adalah Malta (5.4 peratus), Denmark (3.2 peratus) dan Poland (3.1 peratus).

Setakat ini, terdapat tujuh vaksin Covid-19 yang digunakan di seluruh dunia dengan kesemuanya memerlukan dua dos suntikan.

Vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer-BioNTech (Amerika Syarikat (AS)-Jerman) dan Moderna (AS) adalah dominan di Amerika Utara, Eropah, Israel dan rantau Teluk.

Vaksin buatan Britain, AstraZeneca-Oxford digunakan di Britain, India, Myanmar, Sri Lanka dan Maghribi. India turut menggunakan vaksin keluaran tempatan, Bharat Biotech.

Vaksin Sputnik buatan Rusia diberikan di Rusia, Argentina, Belarus dan Serbia.

Suntikan vaksin Sinopharm buatan China pula dilakukan di China, Emiriyah Arab Bersatu,

Bahrain, Serbia, Kepulauan Seychelles dan Jordan, manakala Indonesia serta Turki menggunakan satu lagi vaksin buatan China iaitu Sinovac. – AFP

Jururawat di AS positif COVID-19 walaupun dapat suntikan vaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker