Jururawat di AS positif COVID-19 walaupun dapat suntikan vaksin

LOS ANGELES : Seorang jururawat berumur 45 tahun di California disahkan positif COVID-19, beberapa hari selepas beliau menerima suntikan Pfizer Inc.

Rangkaian berita ABC News melaporkan Matthew W yang bekerja di dua hospital menulis di Facebooknya pada 18 Dis bahawa beliau menerima suntikan vaksin itu.

Beliau mengatakan tangannya lenguh untuk sehari tetapi tiada kesan sampingan lain.

Namun, enam hari kemudian, Matthew jatuh sakit dan menunjukan simptom COVID-19 termasuk kepenatan dan kesakitan otot.

Pemeriksaan lanjut pada 26 Dis mengesahkan jururawat itu dijangkiti COVID-19 walaupun sudah mengambil suntikan vaksin.

Pakar penyakit berjangkit, Christian Ramers berkata apa yang dialami oleh Matthew tidaklah sesuatu mengejutkan.

“Kita tahu daripada ujian percubaan klinikal sebelum ini, seseorang mengambil antara 10 hingga 14 hari untuk memperolehi perlindungan daripada vaksin yang disuntik,” kata beliau.

“Dos vaksin pertama memberi perlindungan sekitar 50% manakala suntikan dos kedua memberi perlindungan sehinga 95%.” FMT

Muhyiddin tawar jadi individu pertama terima suntikan vaksin COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker