Neelofa jawab soalan di Twitter



Sebaran :

Neelofa ketika tampil menafikan dakwaan konon sudah bernikah dengan PU Riz dan menjawab kontroversi tercetus mengenai status hubungan mereka, Ahad lalu. Foto IG Neelofa
Neelofa ketika tampil menafikan dakwaan konon sudah bernikah dengan PU Riz dan menjawab kontroversi tercetus mengenai status hubungan mereka, Ahad lalu. Foto IG Neelofa

 

KUALA LUMPUR: Empat hari selepas memberi penjelasan berhubung kontroversi hubungan dengan pendakwah bebas, Haris Ismail, 25, atau PU Riz, Neelofa, 31, memberi peluang kepada pengikut untuk bertanya apa sahaja soalan melalui Twitter, tengah hari tadi.

 

Status dilayangkan Neelofa yang meminta peminat mengemukakan apa sahaja soalan kepadanya melalui Twitter, tengah hari tadi. Foto Twitter Neelofa
Status dilayangkan Neelofa yang meminta peminat mengemukakan apa sahaja soalan kepadanya melalui Twitter, tengah hari tadi. Foto Twitter Neelofa

 

Kira-kira empat jam lalu, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor melayangkan entri berbunyi:

“Tanyalah saya apa-apa pun, sebarang soalan. Saya akan pilih satu dan jawab dengan paling jujur,” katanya.



Semakan BH Online sehingga petang ini, Neelofa menjawab dua soalan.

Ditanya seorang pengikut bagaimana dia membiasakan diri atau selesa apabila membaca hantaran atau kandungan negatif mengenai dirinya, Neelofa berkata:

“Sejujurnya, hampir setiap masa, saya akan ketawa sahaja kalau melalui situasi itu.



“Tidak ambil hati pun kerana tidak betul dan kenapa perlu terasa. Kemudian, seterusnya, kita ‘move on’,” balasnya.

Bekas pengacara program Meletop itu juga memberi jawapan kumpulan Ateez kepada soalan artis K-pop baharu yang diminati.

Pengikut juga perasan Neelofa mengajuk lagu nyanyian Ariana Grande berjudul Thank You Next kepada komen penyanyi dan komposer, Hael Husaini yang mengucapkan terima kasih kepadanya, tanda mereka meminta kumpulan sama.



Sementara itu, sehingga hari ini, PU Riz tidak memberi reaksi terhadap kontroversi hubungan dengan Neelofa.

Semalam, PU Riz atau nama penuh, Muhammad Haris Mohd Ismail, berkongsi sebaris ayat yang dimuat naik dalam InstaStory.

Dalam perkongsian itu, dia memuat naik foto dan sepotong ayat dalam Bahasa Arab bermaksud sentiasa yakin dengan setiap perkara yang diatur Tuhan.



“Ketahuilah bahawa Allah SWT akan menyelesaikan segala-galanya suatu hari nanti, dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan,” kongsinya.

Usaha BH Online menghubungi PU Riz juga tidak berhasil.


Sebaran :


Leave a Reply