[VIDEO] Alhamdulillah.. Aku Dah Cerai Best Day Of My Life – Zarina Anjoulie

 

Kuala Lumpur: Hanya selepas enam bulan berkahwin, pelakon Zarina Anjoulie, 34, bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul menerusi satu hantaran video di Instagram hari ini berkata, keputusan untuk bercerai itu adalah pilihannya sendiri.

“Tiada apa-apa yang teruk pun, cuma kami tidak lagi sehaluan,” katanya yang turut tidak memaklumkan bila tarikh dia bercerai.

VIDEO:-

https://www.instagram.com/p/CKiW2_bDyz1/?utm_source=ig_embed

Zarina berkata, keputusan itu adalah yang terbaik buatnya dan kini dia mahu fokus kepada kerjaya, anak lelaki dan keluarganya.

“Saya mahu gunakan waktu ini untuk lebih rapat dengan keluarga. Sebelum ini, bertahun-tahun saya tinggal seorang dan tidak menghabiskan masa bersama mereka,” katanya.

Zarina turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej, DM (direct message) dan menghubunginya. Dia mengakui cukup terharu atas keprihatinan mereka.

Zarina dan Eilyas berkahwin pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Tak Sengaja Post Video Review ‘Belanja’, Zarina Anjoulie Mohon Maaf

 

 

Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Terdahulu, Zarina memuat naik satu hantaran di Instagram memaklumkan dia sudah bercerai dengan Eilyas.

Dalam hantaran itu, dia sangat bersyukur dan pada masa sama berterima kasih kepada Eilyas yang lebih dikenali sebagai Yas.

“Alhamdulillah, yay aku dah cerai. Hari terbaik dalam hidup saya. Alhamdullilah terima kasih Yas,” katanya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Zarina bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan telefon.

Zarina turut menutup ruangan komen dalam hantarannya itu.

[VIDEO] Lelaki Bila Tayang Kereta Mewah Terus Cair, Anju Sound Laser Jangan Jadi ‘Murah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker