Heboh Kilauan Berlian Di Jari Manis Neelofa… Kelihatan Memakai Cincin Risik PU RIZ Semula Setelah Kongsi Video Di IG story?
Selebriti popular, Neelofa sememangnya sering menjadi tumpuan ramai sejak tampil mengenakan niqab selain kehebatan dalam bidang perniagaan yang dijadikan sebagai contoh buat netizen.
CINCIN berlian yang tersarung di jari manis pengacara Neelofa dalam video pendek yang di muat naik di Instastory pada Khamis menarik perhatian peminat.
Menerusi video itu, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, dilihat memakai cincin yang dikatakan merupakan pemberian keluarga kekasihnya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz
Selain menceburi perniagaan hijab dan minuman, usahawan muda berusia 32 tahun itu juga telah mewujudkan satu platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan demi kelangsungan hidup.
Malah sebelum ini juga, hangat mengenai Neelofa yang dikatakan sudah putus hubungan dengan pendakwah muda Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
Terbaru, dia telah membuat Instastory berkenaan platform yang diberi nama Markaz Tijaari. Khabarnya, platform tersebut adalah usaha berdua pasangan tersebut.
“Sebenarnya ini merupakan satu peluang untuk sesiapa sahaja guna untuk menjana pendapatan,” katanya dalam video itu.
Walau bagaimanapun melalui Instastory yang dikongsi itu, kelihatan cincin dipakai di jari manis Neelofa yang pastinya mengundang perhatian pengikutnya.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakai itu merupakan pemberian PU Riz sewaktu majlis merisik sebelum ini ataupun sebaliknya.
Bagaimanapun, rata-rata pengikut lebih tertarik melihat cincin yang dipakai oleh Neelofa dan membuat andaian pasangan ini kembali menjalinkan hubungan.
Apapun, semoga hubungan yang terjalin antara mereka baik-baik sahaja dan dipanjangkan jodoh oleh Allah SWT. Amin!
Sumber & Foto : Instagram Noor Neelofa
You must be logged in to post a comment.