Bukan kepimpinan Armada terlibat- Wan Ahmad Fayhsal

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan berita mengenai penangkapan ahlinya yang terlibat dengan pengedaran ganja kelmarin adalah bukan daripada kepimpinan angkatan tersebut.

Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ketika dihubungi Kosmo! semalam mengesahkan individu yang terlibat dalam pengedaran 1.5 kilogram (kg) ganja tersebut bukan dari kepimpinan mereka.

“Selepas saya sendiri membuat pemeriksaan, individu yang terlibat adalah bukan daripada barisan kepimpinan Armada nasional. Mungkin individu itu adalah ahli biasa.



“Buat masa ini laporan penuh daripada pihak polis juga saya tidak lihat lagi, kita nantikan proses siasatan terlebih dahulu. Kenyataan terkini saya sendiri akan umumkan,” jelasnya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, tular di media sosial yang menyatakan satu laporan mengenai individu yang dipercayai salah seorang kepimpinan Armada nasional ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dalam pengedaran ganja seberat 1.5 kg.

Sebelum ini, Armada turut terpalit dengan isu penyalahgunaan dadah apabila satu kes pesta syabu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil dan ahli-ahli Armada Bersatu yang diserbu polis tahun lalu.-K! ONLINE

Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker