SUA Annuar Musa Kata UMNO Perlu Tonjol Imej Baik dan Beri Peluang Pada Pemimpin Muda

 

KUALA LUMPUR: UMNO perlu menonjolkan imej yang baik serta mempunyai sistem penggantian kepimpinan baharu untuk kekal relevan dan diterima rakyat, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata, pemimpin muda serta golongan pelapis perlu diberikan peluang untuk memimpin parti itu.

“Saya memberi gambaran secara prinsip… lebih senang berpegang kepada prinsip… kalau kepimpinan parti itu senang diterima, imej yang baik, kredibilitinya ada, kemahiran ada, okay selesai.

“Kedua sistem pengantian dan pemilihan dalam UMNO. Kalau kita tengok, ia tidak jadi menarik sebab muka-muka lama… begitu lama… kepimpinan bahagian, negeri dan pusat.

“Sebab itu dalam kepimpinan Pemuda UMNO, kita ada had umur 40 tahun. Bila umur 40 tahun, mahu tidak mahu mereka kena cari pengganti. Nak jadi ketua pemuda bahagian kena muka yang baharu, pelapis dan penganti, yang terlatih dan sebagainya.

“Tetapi ini tidak berlaku (dalam UMNO)… naib ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua bahagian, presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)… masalahnya bila tidak ada had, ia akan berpanjangan. Ini masalah dalam UMNO sekarang menyebabkan orang muda tidak boleh ke depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Khamis.

Tambah Tun Faisal lagi, proses peremajaan parti seperti yang dilaungkan UMNO perlu diterjemahkan dengan memberi peluang kepada pemimpin muda dijadikan senator di Dewan Negara.

“Perlu ada eksperimen untuk meremajakan parti, tetapi ada keputusan-keputusan yang saya sendiri tidak faham. Contoh, senator (Dewan Negara) ini adalah tempat anak-anak muda di groom, tetapi saya tidak faham apabila kepimpinan UMNO mengambil orang berumur 70 tahun ke atas diletakkan di kerusi senator.

“Letaklah tempat lain tidak mengapa, sebab itu grooming process… kita nak membina lapisan baharu, tapi tidak ada had. Bila tiada kaedah dan garis panduan akhirnya UMNO jadi tidak menarik di pandangan mata orang,” katanya lagi.

Related Articles

One Comment

  1. penulis tak sabar rupanya nak jawatan lebih tinggi…harap asam garam tahu sepak terjang semua dah cukup

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker