[VIDEO] Perhilitan Jelaskan Kejadian Gajah Masuk Sekolah Bukan Kali Pertama Berlaku

Sebaran :

Sejak semalam tular di media sosial mengenai perkongsian video yang memaparkan seekor gajah bertindak menceroboh masuk ke kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar pada Selasa lepas.

Kejadian tersebut dipercayai telah dirakam oleh seorang lelaki yang berada di sekitar kawasan tersebut namun gajah dewasa yang dianggarkan berusia 35 tahun tersebut tidak bertindak agresif.

“Seekor gajah masuk dalam Sekolah Kebangsaan RPS Kemar, Gerik dipercayai untuk mencari makanan.

“Kejadian sempat dirakam seorang lelaki, namun haiwan liar itu tidak bertindak agresif,” menerusi perkongsian Info Roadblock Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)/Polis di laman Facebook.



Bukan kali pertama

Menerusi laporan yang diterbitkan oleh Astro Awani, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff turut memaklumkan kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku.

Malah sebelum ini pihak mereka telah menerima laporan antara empat hingga lima ekor gajah telah menceroboh masuk ke premis tersebut.

Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada terjadi sekali lagi, pihaknya telah bertindak memasang pagar elektrik di sekeliling sekolah itu sejak November tahun lepas namun ia telah mengalami kerosakan baru-baru ini.

“Kakitangan Perhilitan baru sahaja (hari ini) melakukan kerja-kerja baik pulih pagar itu dan arus elektrik pun sudah mencapai 9.1 volt, cukup untuk menghalang gajah masuk ke kawasan itu.



“Di samping itu, kami juga telah memasang lampu biru ‘high LED’ untuk menakutkan gajah,” jelas beliau.

Walaupun begitu, pihaknya telah meminta kerjasama penduduk setempat bagi memelihara pagar tersebut demi keselamatan para pelajar, anak-anak penduduk kampung dan guru sekolah.-TheVocket


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *