Tok Mat : ‘Saya Tak Nak Tambah Duka, Yang Penting Parti DiPerkasa’

Menerusi sebuah puisi tajam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, menyeru akar umbi parti memperkasakan Umno supaya muncul “juara” pada pilihan raya umum 15.

Menerusi puisi itu, Tok Mat berkata “ramai akan seronok” dan “gembira” jika Umno berkecamuk dan berpecah, justeru keperluan semua ahli bersatu untuk meraih kejayaan.

Beliau juga berharap, apabila sampai pemilihan parti, ahli Umno akan memilih pemimpin yang mereka sukai, “jika itu satu-satunya cara untuk tenangkan jiwa yang lara.

Berikut puisi Tok Mat yang dipetik daripada Facebook beliau :



Ramai orang tertanya tanya..
Mengapa saya membisu seribu bahasa..
Bagi saya, biarlah ribut ni reda..
Saya tak mau menambah duka..
Yang penting parti mesti di perkasa..
PRU 15 kita nak jadi juara..
Jika kita berpecah ramai yang seronok..
Kita berkecamuk ramai yang gembira..
Ayuh kita cari mana yang elok..
Elakkan yang cela hilangkan lah lara..
Susunlah langkah menuju hala..
Pakat pakatlah untuk bertenang seia sekata..
Jangan parti berkecamuk dan bergelora..
PRU 15 mesti jadi keutamaan kita..
Bila sampai masa pemilihan parti untuk dikota..
Pilihlah nanti pemimpin kesukaan kita..
Ketika itu tepuk dada tanyalah selera..
Jika itu satu2 nya cara..
Untuk tenangkan jiwa yang lara..

#PrkRantau : Ahmad Zahid terus beri sokongan kepada Tok Mat.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker