BILA AMEERA KONGSI FOTO IBU MASA MUDA: “HARIMAU PUN NANGIS TENGOK NI”

Menerusi muat naik di Insta Story, adik kepada pelakon dan pengacara Noor Neelofa iaitu bintang media sosial, Ameera Khan baru-baru ini telah berkongsi beberapa foto ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sewaktu muda.

“Mama… Harimau pun nangis tengok ni,” tulisnya ringkas pada foto lama ibu tercinta bersama emoji.

Sementara itu dalam satu perkongsian lainnya, Ameera sekali lagi menulis kapsyen berseloroh.

“Menangis ke tak menangis?” titipnya lagi.

Klik untuk gambar besar

Di dalam beberapa gambar yang dikongsikan itu, jelas menggambarkan ibu selebriti ini mempunyai raut jelita sejak dari dulu lagi.

Malah, usahawan tersebut juga kelihatan anggun mengenakan persalinan hitam dan putih lengkap dengan aksesori anting-anting sebagai pelengkap gayanya dalam foto tersebut.

Adik Neelofa Ameera Khan Up Gambar Baru, Sekali Kena Selar Dengan Warga Maya

Harimau menangis dan Ameera Khan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker