Harimau menangis dan Ameera Khan

Foto aksi adik Neelofa seperti Harimau Menangis?

Adik selebriti popular, Neelofa yang juga personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kembali menjadi perhatian netizen susulan aksi bergambar di media sosialnya.

Ameera dilihat memuat naik foto yang memaparkan dia membongkokkan badan di Instagram miliknya.

Namun foto tersebut menjadi bualan hangat netizen yang kurang senang dengan aksi tersebut.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen memberi komen sindiran mengaitkan dengan isu sebelum ini apabila menyamakan gaya tersebut seperti Harimau Menangis.

Sebelum ini, ibunya iaitu Datin Noor Kartini dikecam teruk berikutan isu trademark Harimau Menangis.

Namun, isu itu mula reda apabila Noor Kartini membatalkan trademark tersebut serta membuat permohonan maaf.

Dia menjelaskan bahawa permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘Harimau Menangis’ namun hanyalah pada rekaan logo tulisan perkataan itu.

Ujarnya lagi, mereka telah mendaftar rekaan ejaan untuk produk itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terutamanya produk tiruan. MG

Harimau Menangis : Ibu Neelofa dikritik netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker