Pentadbiran Biden atur perancangan pulihkan semula negara

WASHINGTON: Ketua Staf pentadbiran Amerika Syarikat (AS) merangkap penasihat kanan Joe Biden, Ron Klain semalam mengumumkan rancangan bagi pemulihan negara itu yang sedang dilanda pelbagai krisis dan sambil mengimbanginya dengan perbicaraan kes Donald Trump yang dijangka bermula sebaik selesai majlis mengangkat sumpah Rabu ini.

Ketika ini, Washington dikawal ketat oleh pihak berkuasa keselamatan menjelang majlis angkat sumpah berikutan serangan ganas oleh penyokong Trump di bangunan Capitol.

Protes itu pada mulanya berlangsung secara aman dengan hanya disertai kumpulan kecil penyokong yang berkumpul di beberapa negeri termasuk Ohio, Texas, Oregon and Michigan.

“Insiden sejak beberapa minggu lalu membuktikan betapa rosaknya pemikiran rakyat dan sangat penting untuk dipulihkan semula.

“Usaha bagi pemulihan akan bermula Rabu ini,” katanya kepada CNN.

Beliau berkata, terdapat banyak kelemahan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Trump dan ia perlu diperbetulkan.

Dalam pada itu, pemimpin kongres demokrat, Nancy Pelosi dan Chuck Schumer masih belum memaklumkan tarikh perbicaraan bagi kes Trump.

“Saya rasa belum ada tarikh tertentu bilakah Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi akan memulakan proses pendakwaan.

“Di bawah perlembagaan, kita mempunyai tanggungjawab untuk mengambil tindakan secepat yang mungkin,” kata Senator Demokrat, Dick Durbin kepada CNN.

Terdahulu, Biden berharap ahli Kongres mampu berdepan pelbagai gangguan yang mungkin akan menyukarkan pelaksanaan pelbagai agenda negara.

Biden berdepan cabaran besar selepas mengambil alih pentadbiran AS memandangkan angka kematian akibat COVID-19 di negara itu hampir mencecah 400,000 orang dengan lebih sejuta kes baharu dalam tempoh seminggu berikutan penularan jangkitan itu yang tidak terkawal.

Pada masa sama, ekonomi AS juga mencatatkan kemerosotan dengan pengurangan sebanyak 10 juta peluang pekerjaan, di samping kebanyakan perniagaan terjejas teruk. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker