Tiga beranak terbunuh kemalangan di Jalan Klang-Banting-PD

Tiga beranak terbunuh kemalangan di Jalan Klang-Banting-PD

Tiga beranak terbunuh kemalangan di Jalan Klang-Banting-PD
Gambar hiasan. – Foto fail NSTP

SHAH ALAM: Tiga beranak terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Kilometer 53 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, tengah hari semalam.

Mereka yang maut itu dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu adalah pasangan suami isteri yang menunggang motosikal bersama anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata siasatan mendapati kereta Perodua Ativa yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 30-an datang dari arah Sepang menghala ke Banting.

Katanya, sebaik tiba di Kilometer 53 Jalan Klang-Banting- Port Dickson, Perodua itu masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal jenis Yamaha 135LC yang sedang bergerak dari arah Banting ke Sepang.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang serta dua pembonceng tercampak dan jatuh ke permukaan jalan raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

“Penunggang dan pembonceng yang berusia 20-an adalah pasangan suami isteri serta anak mereka yang berusia setahun mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Banting,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 iaitu memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai

maklumat berhubung kemalangan berkenaan boleh menghubungi mana-mana Balai Polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Taneshwaran Seritharan di talian 012-6708561 atau03-31872222,” katanya.

Tiga beranak terbunuh kemalangan di Jalan Klang-Banting-PD


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker