Remaja perempuan dakwa dirogol dalam lokap

Kuching: Polis menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan itu sama ada terdapat kecuaian anggota pasukan keselamatan ketika bertugas.

“Dua anggota yang bertugas ketika kejadian itu berlaku sudah digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan,” katanya ringkas kepada Bernama malam ini.



Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai remaja perempuan itu.

Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau hari ini mendedahkan bahawa satu laporan dibuat oleh seorang remaja perempuan di Balai Polis Pusat Miri yang mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap di balai berkenaan.

BERNAMA



Pekerja kedai runcit dirogol majikan selepas diberi minuman keras

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker