Takiyuddin Tegaskan Darurat Tiada Motif Politik

Pengisytiharan proklamasi darurat bukan bermotifkan politk sebaliknya dilaksana bagi pengurusan penularan Covid-19 yang semakin kritikal dalam negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata pengurusan Covid-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

“Ada pihak mendakwa darurat ini tindakan untuk mengelak PRU. Covid-19 adalah isu penting antara hidup atau mati manakala PRU hanya isu kalah atau menang. (Malah) ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (sebelum ini) menjelaskan dia berhasrat untuk mendapatkan mandat baru melalui PRU namun keadaan Covid-19 (sekarang) tidak mengizinkan.

“Malah (sebelum ini) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut (memberi) perkenan isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi, Parlimen Gerik dan DUN Bugaya untuk membendung penularan Covid-19,” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif bertajuk ‘Proklamasi Daurat dalam Perlembagaan’ yang disiarkan di TV1 malam ini.

Justeru, Takiyuddin berkata dengan mengambil kira kepentingan awam, kerajaan membuat ketetapan untuk menasihati Seri Paduka untuk mengisytiharkan darurat.Pada Selasa, Al-Sultan Abdullah telah memberi perkenan supaya proklamasi darurat dilaksana di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik Covid-19.

 

Hari ini, Malaysia mencatat sejumlah 4,029 kes baharu jangkitan Covid-19, angka harian tertinggi sepanjang pandemik itu melanda negara.Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata sebelum pengisytiharan darurat itu, Al-Sultan Abdullah juga telah mendapatkan pandangan Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi penjelasan lengkap berhubung perkara tersebut.

 

‘Calon anggota jawatankuasa telah dikenal pasti’

Berhubung kedudukan Jemaah Menteri dan barisan pemimpin kerajaan negeri seperti yang dipertikaikan beberapa pihak, merujuk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, dia berkata fungsi tugas mereka tetap sama.

 

Katanya Seksyen 11 dalam ordinan itu memperuntukkan perdana menteri dan jemaah menteri hendaklah terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan dan diberikan kuasa membuat undang-undang subsidiari manakala menteri besar atau ketua menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meneruskan kuasa eksekutif dan membuat undang-undang di peringkat negeri.

Menyentuh mengenai pembentukan Jawatankuasa Bebas sepanjang pelaksanaan darurat, Takiyuddin berkata kerajaan telah mengenal pasti tokoh berkelayakan untuk dinamakan bagi menganggotainya, jika diperkenan oleh Al-Sultan Abdullah.Dia berkata ia melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, bekas Ketua Polis Negara, aktivis sosial dan beberapa pakar kesihatan untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.“Perkara pertama disentuh dalam Ordinan Darurat adalah penubuhan jawatankuasa bebas ini yang dibuat secara telus.

 

Malah di peringkat kerajaan, kita sudah bersedia dan telah mempunyai senarai nama untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda.“Bagi pihak pembangkang, saya telah tulis surat kepada ketua pembangkang di Parlimen untuk meminta mereka menyenaraikan tiga nama bagi menganggotai jawatankuasa berkenaan namun sehingga kini, saya masih belum menerimanya,” katanya.

 

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan dan individu berkaitan.-Bernama

 

Kerajaan PN masih sah, tak terjejas, kata Takiyuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker