Kerajaan PN masih sah, tak terjejas, kata Takiyuddin


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang masih sah dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen mencukupi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

Beliau menegaskan, walaupun Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional (BN) Ahmad Jazlan Yaakob menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, kedudukan kerajaan tidak terjejas.

“Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat beliau itu macam mana…apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup.

“Yang penting ialah kerajaan ini berfungsi dengan baik sejak bermula pada Mac hingga sekarang.



“Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan sedia ada ini berfungsi dengan baik. Jadi kami (kerajaan) akan terus berkhidmat melalui organisasi kerajaan di semua peringkat,” katanya.

Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu.

Semalam, Ahmad Jazlan mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN selepas meletak jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) awal bulan ini.

Susulan tindakan Ahmad Jazlan itu, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dilaporkan mempunyai sokongan 111 Ahli Parlimen, manakala blok pembangkang mempunyai 108.



Pada masa ini, Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen berikutan kematian dua Ahli Parlimen, iaitu Hasbullah Osman (BN-Gerik) dan Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi).

Muhyiddin dilantik Perdana Menteri Feb lalu, selepas menyakinkan Yang DiPertuan Agong bahawa beliau mempunyai sokongan melebihi majoriti mudah 112 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Bernama

Menteri di Jabatan Perdana Datuk Takiyuddin bacakan surat campur tangan Tun Mahathir, Guan Eng dalam kes taikun hartanah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker