‘Datuk’, rakan babit kes pukul pelanggan kedai makan bebas dengan jaminan


Mahkamah Majistret menolak permohonan polis untuk menyambung perintah reman ke atas dua ahli perniagaan yang terbabit dalam serangan terhadap dua pelanggan di sebuah restoran Selasa lalu.

Peguam Suraj Singh berkata, mahkamah menolak permohonan mereman dua lelaki itu, seorang daripadanya bergelar “Datuk”, selama tiga hari lagi.

Beliau membantah lanjutan reman itu atas alasan suspek sudah bekerjasama dalam siasatan polis dan tidak menimbulkan ancaman kepada mangsa, iaitu seorang pemuda dan teman wanitanya.

Beliau berkata, suspek mungkin dibebaskan dengan jaminan polis petang ini.



Katanya, mereka disiasat atas tuduhan serangan dan intimidasi jenayah.

Kedua-dua lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Mutiara Damansara pada 2 petang Khamis lalu dan polis mendapatkan perintah reman keesokannya untuk menahan mereka sehingga hari ini.

Kejadian di sebuah restoran di Tropicana Avenue yang berlaku beberapa jam sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan Rabu lalu, mencetuskan kemarahan rakyat selepas dua klip video tersebar di media sosial.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pemuda menegur “Datuk” dan rakannya supaya merendahkan suara mereka.



Dua lelaki itu, yang dipercayai mabuk, dikatakan menampar pemuda terbabit sebelum seorang daripadanya memukul teman wanita mangsa ketika mereka hendak meninggalkan restoran itu.

Semalam, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan Timbalan Presiden Dewan Perhimpunan Cina Perak, Kwan Foh Kwai, berkata anaknya ialah mangsa kejadian.

Beliau membuat laporan pada malam sama. FMT

“Ada silat spring lintah ke..” – ‘Datuk Seri’ panjat pagar, macam2 teori netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker