Chef Selebriti Terkemuka Dunia Gordon Ramsay Bakal Membuka Restoran Pertama Di Malaysia Pada Tahun Ini

Sebut mengenai Gordon Ramsay pasti orang ramai cukup mengenalinya, berjaya menjadi antara chef selebriti membuatkan orang ramai ingin untuk mencuba hidangan daripada masakannya.

Buat para pemiant Gordon Ramsay, anda nampaknya tidak perlu terbang jauh ke luar negara kerana Gordon Ramsay bakal membuka restoran pertama beliau di Malaysia dengan kerjasama Sunway Resort pada Jun ini.

Bertempat di Sunway City Kuala Lumpur, restoran yang bakal dibuka membawakan konsep gourmet dining yang sekaligus bakal menawarkan pengalaman baharu buat para pengunjung. Seperti juga cawangan restoran di Mayfair, London, Gordon Ramsay Bar & Grill bakal turut menawarkan seleksi menu sepanjang hari.

Lebih menarik, para pengunjung berpeluang mencuba signature dish Gordon Ramsay iaitu Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.

Lifestyle-Gordon-Ramsey-Emel-pic-130121-2

SUMBER: SUNWAYHOTELS

Lifestyle-Gordon-Ramsey-Emel-pic-130121-3

SUMBER: SUNWAYHOTELS

Buat anda yang berminat, anda berpeluang membuat tempahan di restoran yang bakal dibuka Gordon Ramsay ini bermula Jun 2021 ini. Pasti menarik menyaksikan apa yang bakal dibawakan Gordon Ramsay buat pengunjung di Malaysia.-TheVocket

Chef Norman Masak Guna Resepi Tunku Azizah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker