Chef Norman Masak Guna Resepi Tunku Azizah

Terkini di My KMU !!!!---->

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membuat penampilan khas pada program demonstrasi masakan oleh Chef Norman Musa petang ini.

Istana Negara melalui laman Facebooknya berkata, demonstrasi masakan itu akan dibuat secara lintas langsung di www.malaysianchefs.com bermula pukul 6 petang hari ini.

Chef Norman yang mewakili Masters of Malaysian Cuisine akan memasak makanan Malaysia menggunakan resipi dari buku resipi yang dihasilkan oleh Tunku Azizah.

Poster program demonstrasi masakan oleh Chef Norman dengan penampilan khas Tunku Azizah di www.malaysianchefs.com bermula pukul 6 petang hari ini.

Masters of Malaysian Cuisine merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan dengan antara lain bertujuan untuk mempromosikan dan menonjolkan chef-chef terkemuka kelahiran Malaysia yang menetap di dalam dan luar negara.

Ibu tersayang meninggal dunia, Chef Zam mohon sedekahkan al-Fatihah

Leave a Reply