Peminjam ASB silap langkah

Kesanggupan pelabur memperuntukkan 30 sehingga 40 peratus daripada pendapatan bulanan untuk membuat pinjaman bank dan melabur dalam unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) menyebabkan ada antara mereka kini berdepan detik sukar.

Pakar kewangan, Ahza Adhwa berkata, apa yang membimbangkan, ada ejen yang gagal mengambil kira situasi pemegang polisi yang mungkin dibuang kerja, pengurangan pendapatan bulanan atau hasil perniagaan

Katanya, pelaburan ini bagaimanapun masih disifatkan sebagai skim pelaburan terbaik yang memberi pulangan bersesuaian dengan risiko rendah berdasarkan ukuran ‘Sharpe Ratio’ atau ‘Sortino Ratio’.

“ Hasil daripada peruntukan daripada pendapatan bulanan yang tidak optimum, pemegang polisi atau peminjam ASB terasa tersepit memerlukan lebihan wang.

“Sepatutnya, bahagian perlindungan, simpanan dan pelaburan adalah 30 peratus daripada pendapatan. Mungkin lima hingga 10 peratus perlindungan takaful dan kad kesihatan. Lima peratus simpanan kecemasan senang dialih (liquid cash). 10 peratus ASB. Mungkin boleh tambah lagi 10 peratus untuk pelaburan emas dan saham. Yang penting, kena pastikan keseluruhannya berada sekitar 30 peratus daripada pendapatan bulanan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

ASB sebelum ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Agihan pendapatan tahun ini adalah terendah dalam sejarah berbanding tahun lalu iaitu lima sen seunit dan bonus 0.5 sen seunit.

Dalam pada itu, Ahza berkata, baki selebihnya daripada 30 peratus untuk pelaburan perlu digunakan untuk pembiayaan rumah dan menampung kehidupan.

“ Tiada aset yang boleh selamat daripada risiko. Kalau belajar lebih lanjut dalam pelaburan serta kewangan peribadi kita akan dapat tahu bahawa aset masing-masing mempunyai risiko tersendiri.

“ Begitu juga jika kita miliki aset kereta. Risiko penyelenggaraan tidak boleh dilupus atau dielakkkan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Dividen ASB: Ekonomi Jatuh Kerana PH Gagal Tadbir Urus Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker