Syed Saddiq jadi Syed Saitama

SELEPAS menunaikan nazarnya membotakkan kepala malam tadi, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memperkenalkan nama baharu beliau sebagai Syed Saitama.

Saitama adalah watak wira dalam manga One Punch Man. Karekter tersebut turut berkepala botak dan mempunyai beberapa kebolehan yang menjadikan dirinya sebagai lelaki terkuat di dunia. Saitama mampu menumbangkan musuh dengan sekali tumbukan.

Dia turut menukar gelaran Yang Berhormat yang selalunya diberikan kepada wakil rakyat kepada Yang Botak dan Yang Berkhidmat

“Bangun pagi, gosok kepala, rambut tiada. Syed Saitama, nama saya. Yang Botak dan Berkhidmat, jawatan saya,” ciap Syed Saddiq di Twitternya.

Bekas menteri belia dan sukan itu ternyata gembira selepas kempen 1 rumah 1 laptop beraya mengutip melebihi sasaran awal sebanyak RM200,000. Beliau tidak menjangkakan kutip melebih sasaran iaitu sebanyak RM383,000.

“We managed fo fundraise almost double what we expected, RM383,000. What’s more amazing is that the average contribution was RM37! Thank you all! Thank you, sincerely,” kata Syed Saddiq.

Pada Sabtu lalu Syed Saddiq bernazar untuk membotakkan kepala sekirannya dia berjaya mengutip sumbangan RM200,000 untuk membeli 100 buah komputer riba untuk diberikan kepada pelajar di Parlimen Muar.

Malam tadi dia menunaikan nazarnya dengan membotakkan kepala selepas berjaya mencapai sasaran kempen #BotakChallenge.

Pengasas parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) itu membotakkan kepalanya secara langsung di televisyen tempatan selepas berjaya mengumpul sebanyak RM383,000 dalam kempen yang dijalankan sejak 26 Disember lalu.

Wajah baharu Syed Saddiq itu kemudiannya menjadi perhatian pengikutnya yang telah menyunting gambarnya menyerupai karakter komik termasuk Avatar.

Mereka kagum dengan semangat Syed Saddiq sehingga sanggup membotakkan kepala untuk membantu pelajar untuk mempunyai sebuah komputer riba untuk belajar.

“Good job YB. Teruskan dengan amanah jaga rakyat. Please jangan jadi corrupt bila lama dalam politik,” kata Hussin.

“Harap YB dapat tunjukkan yang YB spend duit tu dengan betul untuk elak kena kecam,” nasihat Nabil Hariri.-SM

SPRM panggil Syed Saddiq

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker