Ibu tersayang meninggal dunia, Chef Zam mohon sedekahkan al-Fatihah

Sesiapa yang mengikuti perkembangan chef selebriti, Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab, 50, menerusi akaun media sosialnya pasti mengetahui bahawa dia sedang menjaga ibu tersayang di hospital kerana menghidap penyakit Pneumonia.

Bonda tersayang meninggal dunia

Namun begitu, awal pagi tadi, Chef Zam telah berkongsi berita mendukacitakan apabila ibunya yang dikenali sebagai Chik binti Minah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mohon sedekahkan al-Fatihah

Menerusi muat naiknya itu, Chef Zam telah memohon jasa baik orang ramai agar mendoakan kesejahteraan roh allahyarhamah  ibundanya dan menyedekahkan al-Fatihah.

Innalillahiwainailahirajiun..

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan ucapan takziah kepada Chef Zam atas kehilangan insan tersayang.

Mereka juga mendoakan agar roh allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diberi kesejahteraan di alam sana.

Salam Takziah.

 

 

Salam takziah buat ahli keluarga

 

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman

 

Sumber:OhMyMedia,  Chef Zam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker