PM restu Nik Ezanee kembali khidmat di lapangan

PETALING JAYA – Juruiring polis kepada Perdana Menteri, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal telah memohon pertukaran untuk kembali berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, permohonan untuk kembali ke lapangan tersebut telah dimaklumkan dan mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 April lalu.

“Setakat ini, saya masih bertugas di Pejabat Perdana Menteri dan telah menghantar permohonan pertukaran tersebut menerusi sistem penjawatan PDRM pada dua minggu lalu.

“Saya juga telah memaklumkan hasrat itu kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass dan sekarang hanya menunggu arahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Nik Ezanee, keputusan itu dibuatnya selepas mempertimbangkan pengalaman dan kebolehan yang dimilikinya untuk terus berkhidmat secara langsung di bawah PDRM dan seterusnya berkhidmat kepada rakyat.

“Berhubung keputusan ini, saya merasai pengalaman dan kebolehan saya ini boleh saya sumbangkan kepada PDRM. Pengalaman yang ada mungkin boleh menambah baik pasukan PDRM.

“Buat masa ini, tiada sebarang keputusan mengenai permohonan itu dan saya sedia berkhidmat di lapangan,” tambahnya.

Nik Ezanee sebelum ini pernah dilantik menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor pada 12 April tahun lalu selepas memegang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada 17 Februari 2020.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) di Bukit Aman pada tahun 2016. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker