Sokong Palestin, keluarga Hadid terima ugutan bunuh

Sokong Palestin, keluarga Hadid terima ugutan bunuh

HANYA kerana lantang bersuara memberi sokongan kepada Palestin, keluarga model terkenal, Bella Hadid menerima ugutan bunuh sehingga mengancam kehidupannya dan keluarga.

Memetik portal TMZ, rentetan daripada ugutan bunuh tersebut, Bella dan keluarga termasuk adik-beradiknya, Gigi Hadid, Anwar Hadid serta ibu bapa, Mohamed serta Yolanda membuat laporan polis demi keselamatan mereka.

“Kami dimaklumkan ugutan tersebut diterima dari pelbagai medium termasuk menerusi e-mel, media sosial dan telefon bimbit mereka.

“Sumber juga memberitahu nombor telefon bimbit mereka juga telah tersebar dalam internet beberapa minggu lalu,” lapor portal tersebut.

Tambahnya, perkara tersebut turut memaksa mereka sekeluarga menukar nombor telefon bagi mengelakkan ancaman itu berterusan.

“Semua terpaksa tukar nombor telefon dan semuanya semakin membimbangkan.

“Mohamed sebagai ketua keluarga kini dalam pertimbangan untuk mendapatkan bantuan Biro Penyiasatan Pesekutuan (FBI),” katanya lagi.

Sebelum ini, Bella dan Hadid lantang menyuarakan pandangan mereka mengenai kekejaman yang dilakukan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Sikap lantang mereka itu meraih pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Bella juga menegaskan dia tidak kisah kehilangan tawaran kerja sebagai model dengan mana-mana jenama kerana menzahirkan sokongan terhadap Palestin. K Online

Sokong Palestin, keluarga Hadid terima ugutan bunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker