Varian baharu COVID-19 dikesan di Jepun, berbeza dari UK, Afrika

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto fail AFP
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. – Foto fail AFP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata mutasi varian baharu COVID-19 dikesan di Jepun minggu lalu, berbeza daripada yang dikenal pasti di United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan.

Berikutan itu, WHO bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan Jepun serta pakar untuk menganalisis varian berkenaan.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, varian yang sebelumnya dikenal pasti dari UK dan Afrika Selatan itu mudah menjangkiti namun reaksi mutasinya belum diketahui.

“Sejak beberapa minggu, WHO sudah dimaklumkan oleh Jepun mengenai varian baharu ini. Lagi banyak penularan virus ini, lagi banyak peluang untuk virus ini berubah.

“Apa yang kita faham, jangkitan varian baharu ini meningkat. Ini akan mengakibatkan peningkatan kes dan kemasukan ke hospital turut meningkat yang memberi kesan kepada perkhidmatan kesihatan.

Ini yang berlaku apabila kesihatan awam dan pendekatan sosial semakin merosot. Ia akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan.

“Ketika ini varian ini tidak menunjukkan tahap kesan teruk kerana kaedah rawatan juga sedang diperkemaskan. Kita berharap lebih banyak nyawa boleh diselamatkan,” katanya.

Ketika banyak negara mula melancarkan program vaksinasi mereka – imuniti kelompok katanya mungkin tidak mampu dicapai tahun ini.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan Jepun mengesahkan sejenis varian baharu COVID-19 dikesan di negara itu pada empat orang yang dijangkiti, yang tiba dari Brazil.

Kajian sedang dijalankan ke atas varian baharu itu untuk menjejaki penularannya, simptom dan daya tahannya kepada vaksin. – AGENSI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker