Takiyuddin yakin KJ akan bersama Perikatan Nasional

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin sudah menyatakan pendirian untuk bersama Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, bekas ahli Parlimen Rembau itu menemui Pengerusi PN Muhyiddin Yassin baru-baru ini namun tiada keputusan dibuatnya setakat ini.

“Setakat ini dia belum memutuskannya lagi, tetapi dia sudah menyatakan pendirian tetap bersama kita (PN).



“Dia dah jumpa (Muhyiddin) dan akan berjumpa lagi dalam masa terdekat, itu perkembangan terbaru, namun setakat ini belum ada keputusan.Tetapi saya percaya dalam waktu terdekat,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.

Terdahulu  Muhyiddin menawarkan Khairy jawatan majlis pimpinan tertinggi (MPT) sekiranya menyertai Bersatu.

Khairy dipecat daripada Umno pada Januari lalu dalam langkah Presidennya Ahmad Zahid Hamidi membersihkan parti itu.

Sementara itu Takiyuddin berkata, pihaknya berharap Khairy dapat bersama dalam PN kerana ketokohan dan ketrampilannya dalam kepemimpinan kanan Umno sebelum ini.



“PN mengharapkan ‘sesuatu’ daripada dia (Khairy) sebab sebagai seorang pimpinan kanan dalam sebuah parti yang besar, tiba-tiba dipecat daripada parti itu.

“Sudah tentu dia perlukan satu platform yang sesuai untuk masa depan politiknya dan pada masa ini PN adalah paling sesuai,” kata ahli Parlimen Kota Bharu itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker