Al-Fatihah: Bekas Menteri Mokhtar Hashim Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim yang menembak mati speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 1982, meninggal dunia.

Sinar Harian melaporkan perkara itu disahkan isteri dan anaknya.

Difahamkan, Mokhtar, 68, menghembuskan nafas terakhir pada 3.10 pagi tadi.

Pada Mac 1983, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mokhtar kerana membunuh Adun Gemencheh dan Speaker DUN Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib.

Hukuman Mokhtar kemudiannya diubah kepada penjara seumur hidup dan dibebaskan pada 10 Julai 1991, selepas mendapat pengampunan diraja-FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker