GRS bergolak?

#PRU15

GRS bergolak?

Lebih ramai wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dikatakan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan gabungan itu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) berhubung isu pembahagian kerusi dan pencalonan.

Menurut sumber dalaman GRS, tiga ADUN tidak berpuas hati dengan keputusan gabungan itu untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). FMT tidak mendedahkan nama mereka sementara menunggu ulasan.



Kerjasama antara GRS dan BN meningkatkan peluang kedua-dua pakatan untuk memenangi kerusi tetapi ia juga bermakna, setiap parti komponen berkemungkinan mendapat sedikit kerusi daripada yang diharapkan.

“Tidak kira sama ada mereka suka BN atau tidak. Bagaimanapun, memandangkan GRS mempunyai lima parti dan ia mengalu-alukan kemasukan dua atau tiga lagi parti, jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada setiap parti akan berkurangan,” kata sumber.

“Walaupun mereka bekerja keras di kawasan masing-masing, ada parti tidak diberi walaupun satu kerusi. Ini menyebabkan banyak pihak dalam GRS tidak berpuas hati.”

GRS terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).



Selain menjadi gabungan parti politik, perlembagaan GRS juga membenarkan ia menerima individu sebagai ahli secara langsung.

Setakat ini, ADUN Bandau Wetrom Bahanda yang juga pembantu menteri telah berpaling tadah terhadap Bersatu dan menyertai Warisan.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS Hajiji Noor, berkata pemergian Wetrom sudah dijangka kerana beliau berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu, yang telah dijanjikan kepada PBS, dengan presidennya, Maximus Ongkili, yang merupakan penyandangnya sejak 2004, bersedia untuk mempertahankannya.

Sumber lain pula mendakwa, atas sebab sama, tiga ADUN GRS itu bercadang untuk meninggalkan gabungan itu.



“Ada wakil rakyat yang ingin bertanding di kerusi Parlimen tetapi Hajiji tidak membenarkan mereka,” kata sumber itu.

Walau bagaimanapun, mereka yang dikaitkan dengan khabar angin itu tidak mungkin meninggalkan GRS dan menyertai pembangkang seperti Wetrom.

“Kemungkinan besar khabar angin ini berpunca daripada mereka yang tidak berpuas hati, tetapi ia tidak bermakna mereka akan meninggalkan gabungan itu.”
FMT

GRS bergolak?




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi



Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker