Bina kubur tepi jalan elak penduduk buang sampah

Bina kubur tepi jalan elak penduduk buang sampah.  Penduduk daerah Klaten dalam wilayah Jawa Tengah mempunyai cara unik untuk menghalang orang ramai membuang sampah merata-rata  iaitu dengan membina sebuah kubur di tepi jalan berhampiran sungai, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Kubur yang lengkap dengan taburan bunga dan batu nisan itu adalah  simbolik dalam bentuk protes agar masyarakat setempat bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak membuang sampah di kawasan tepi sungai itu.

“Kubur ‘arwah’ sampah,” tulis satu papan tanda di tepi kubur tersebut.

Gambar kubur itu dimuat naik di Instagram dengan ada antara netizen yang memberitahu bahawa lokasi tersebut sering menjadi tempat pembuangan sampah.

“Sering terlihat banyak sampah dibuang di tepi sungai itu,” tulis seorang netizen.

“Mungkin pemerintah setempat perlu menyediakan kemudahan khas untuk membuang sampah,” komen seorang lagi. – Agensi

Bina kubur tepi jalan elak penduduk buang sampah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bila Lembah Klang boleh merdeka daripada gangguan bekalan air?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker