Beayqaa Difitnah Sumbang Mahram Dengan Adik

Kemesraan dua penyanyi muda, Beayqaa dan Sheikh Baseer ketika bermain di aplikasi TikTok serta foto yang dimuat naik di Instagram mengundang pertanyaan ramai hingga mereka menerima pelbagai kecaman.

Rata-rata pengikut di kedua laman media sosial itu menegur mengenai batas pergaulan kedua mereka hingga ramai beranggapan mereka adalah pasangan kekasih.

Beayqaa atau nama sebenar Atiqa Affendi, 22, berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak berkaitan isu itu sebaliknya ramai yang tidak menyedari bahawa mereka adalah adik-beradik kandung.

“Saya memiliki hampir 500,000 pengikut di aplikasi TikTok dan selalu buat video bersama. Disebabkan itu, ramai yang suka tengok aksi saya dan adik tapi ada segelintir yang salah faham ingat dia teman lelaki saya.



“Sampaikan pernah ada komen kata kami sumbang mahram. Ada kenalan beritahu mengenai fitnah ini, jadi saya nak betulkan semula salah sangka mereka itu.

“Rasanya sudah menjadi lumrah adik-beradik memang rapat. Tambahan di Kuala Lumpur ini kami tinggal bersama, jadi kami memang rapat dan banyak berkongsi pendapat dan masalah berdua. Cuma harapnya selepas ini tiada yang salah faham” katanya.

Beayqaa yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Pencil Pictures & Records berkata, dia menggunakan medium TikTok sebagai platform yang positif apabila sentiasa memuat naik video positif dan menjaga adab.



“Tidak dinafikan saya makin dikenali menerusi aplikasi itu. Jadi saya cuba  hasilkan kandungan yang positif dan baik-baik sahaja.

“Tapi bagi saya sendiri, kalau ada yang nak kecam tidak apa sebab kita buat baik pun tetap kena kritik… jadi saya ikut sahaja apa yang saya rasa tindakan itu betul.

“Buat masa ini, saya seronok apabila video yang dimuat naik tiada kecaman yang teruk cuma adalah teguran sikit-sikit tapi saya mengapa saya ambil untuk perbaiki diri,” katanya.-HM



Sumber: Instagram

‘Dulu hari-hari orang kecam, sekarang tidak lagi’ – Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker