Nak cakap apa, lantaklah…- Natasha Hudson
Suatu ketika dahulu, Natasha Hudson pernah berpurdah, namun kini, pakaiannya semakin berani dan mencolok mata.
Natasha Hudson dikecam netizen akibat menggayakan busana mendedahkan bahu dan betis, dianggap tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.
Pelakon filem Chermin itu dikecam netizen apabila menggayakan busana yang menampakkan bahagian bahu dan betis, semalam. Malah, ramai yang beranggapan busana yang digayakan dalam satu majlis pelancaran produk itu tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.
“Busana ini disediakan pengasas produk. Ia berlapik dengan kain berwarna kulit. Saya hanya mengikut tema majlis.
“Saya tak memakai gaun seumpama ini sepanjang masa. Saya hanya memakainya sahaja, tak rasa pula ia keterlaluan. Saya tiada masalah untuk menggayakan gaun ini.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia mempunyai pilihan busana lain.
“Ada baju lain yang labuh kainnya, tetapi sukar pula untuk bergerak. Gaun ini lebih memudahkan dan santai.
“Cuma, biasalah mata netizen yang akan melihat sudut nampak bahu sebagai hal besar. Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara ini lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Natasha berkata, dia sepatutnya membintangi filem Indonesia, tahun lalu.
“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula. Penggambaran filem sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah, tetapi tertangguh disebabkan pandemik COVID-19.
“Harapnya 2021 akan memberi tuah untuk kembali mengukir kecemerlangan dalam kerjaya seni,” katanya.
Tular gambar dan video pelakon dan usahawan Natasha Hudson mengenakan dress berwarna putih ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White.
Mana tidaknya, Natasha yang dahulunya pernah mengenakan niqab, tiba-tiba sahaja muncul berpenampilan seksi.
Aksi berani Natasha memperlihatkan sebahagian bahunya pada dress ini mengundang reaksi negatif dari netizen. Biasalah, netizen kan sangat sensitif dengan isu-isu berkaitan aurat wanita muslimah.
Walaubagaimanapun, Natasha menjelaskan bahawa bahagian yang menampakkan bahu itu di alas dengan kain berwarna coklat cair (skin color). Walaupun masih menutup aurat, namun warna tersebut boleh memberi pandang negatif.
Rizman Terkejut Dan Marah
Foto: Instagram @rizalman.n
Sementara itu, rata-rata netizen tertanya-tanya, siapakah pereka fesyen yang menghasilkan dress seksi itu. Menurut tinjauan Murai MY di Instagram, dress tersebut direka oleh Rizman Ruzaini.
Dalam sebuah kenyataannya di Kosmo, Rizman mengakui dress itu rekaan Rizman Ruzaini yang dilelong. Rizman terkejut dan tidak tahu Natasha akan memakainya.
“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.”
Rizman berkata, dia kecewa kerana wanita yang memakainya adalah seorang yang berhijab. Tambahnya lagi, dress itu memang direka sedemikian namun sesuai dikenakan kepada wanita yang tidak berhijab.
“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.”- tegasnya
Rizman merasa kesal, kerana hal sebegini boleh menyebabkan imej dan jenama Rizalman Ruzaini akan terjejas dan berharap penatarias lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.
You must be logged in to post a comment.