‘Hadi, Mohamad pemimpin sebenar buka jalan bentuk Muafakat Nasional (MN)



Sebaran :

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan telah memuat naik foto Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dirakam ketika Himpunan Ummah di Twitternya pada Rabu.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, dua pemimpin berkenaan merupakan individu sebenar yang meneroka jalan kepada penyatuan UMNO dan Pas dalam gabungan Muafakat Nasional.

“Dua insan ini sebenarnya yang menerokai jalan ke arah penyatuan ummah mewakili wadah parti masing-masing pada awal tahun 2019.



“Kemuncaknya Himpunan Ummah… 14 September 2019, Muafakat Nasional dimeterai sebuah gagasan inklusif ummah bangsa dan negara… teruskan pimpinanmu ke medan jaya!” katanya.

Pada Selasa, UMNO melalui Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan memaklumkan, parti itu tidak akan membelakangkan Muafakat Nasional yang telah terbentuk jika pertalian bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terputus.

Shahril berkata, UMNO masih lagi menaruh harapan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan kerjasama Pas.



Sementara itu, pada Rabu, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, partinya akan terus memberikan komitmen untuk memperkukuhkan hubungan dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN), walaupun situasi politik kini kembali bergolak dengan krisis yang melanda rakan sekutunya, UMNO dan Bersatu.

 

 

 


Sebaran :


Leave a Reply