Pahang, Terengganu dan Johor diramal terus hadapi hujan

Share

abatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor.

Dalam kenyataan itu MetMalaysia memaklumkan, daerah yang terlibat ialah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Pada masa sama, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat turut dikeluarkan melibatkan seluruh Kelantan dan di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara di Johor pula, ia melibatkan Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Keadaan cuaca buruk juga dijangka berlaku di Dungun, Kemaman di Terengganu, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran, di Pahang sehingga Sabtu ini.

– Bernama

Leave a Reply