Hormati kerjasama politik, belum masa sesuai untuk PRU

Ditekan oleh Umno – antaranya dengan tuntutan agar pilihan raya umum diadakan segera – Bersatu kemudian menegaskan agar semua pihak yang terlibat dalam Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sikap sebaliknya.

Dalam kenyataan dikeluarkan selepas tengah malam tadi parti itu Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan meminta memastikan kerjasama politik yang ada dihormati.

“Bersatu menyeru supaya semua pihak menunjukkan keikhlasan dan menzahirkan kesungguhan melalui disiplin organisasi yang tinggi bagi memastikan kerjasama politik yang diwujudkan melalui PN dapat terus dihormati dan dipelihara,” katanya.



Selain itu Umno mungkin tidak akan mendapat apa yang mereka inginkan – iaitu PRU – dalam tempoh terdekat.

Kata Wan Saiful Bersatu berpendapat PRU hanya wajar dilaksanakan apabila perkembangan pendemik Covid-19 berada pada tahap yang lebih baik dan terkawal.

“Oleh yang demikian, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara,” katanya.

Terdahulu Bersatu mengadakan mesyuarat majlis pimpinan tertingginya di ibu pejabat parti terbabit di Petaling Jaya, Selangor



Ia diadakan ketika Majlis Tertinggi Umno turut bertemu di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur. Antara isu yang dibincangkan Umno ialah desakan peringkat akar umbi agar parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Umno selepas mesyuarat tersebut parti itu bersetuju membawa usul berkenaan untuk dibahas dan diputuskan oleh perhimpunan agung mereka pada hujung bulan ini.

Wan Saiful, kenapa UMNO saja perlu berkorban?



 

Bersatu jelajah seluruh negara

Ia berlaku selepas bekas Setiausaha Agung BN Annuar Musa mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan sokongan secara hitam putih kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri, sekali gus menjatuhkan kerajaan PN.

Menurut Wan Saiful Bersatu komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya semasa menghadapi penularan wabak Covid-19 dan banjir ketika ini.



“Tindakan beberapa pihak yang terus-menerus melakukan percaturan politik dalam keadaan rakyat sedang melalui dugaan besar adalah sesuatu yang tidak tepat pada masanya,” kata Wan Saiful.

Sebagai parti yang mempelopori pembentukan kerajaan PN, katanya, Bersatu komited untuk terus mempertahankan kerjasama politik yang telah dipersetujui bersama parti-parti dalam kerajaan berpaksikan kepada agenda penyatuan ummah dan perpaduan seluruh rakyat.

Malahan kata Wan Saiful ia akan diteruskan dengan adil dan saksama bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada semua lapisan agama, bangsa dan budaya.

Dalam konteks PN juga, katanya, Bersatu akan terus memperkukuhkan kerjasama politik bersama parti-parti anggota lain iaitu PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP).



Untuk rekod langkah memperkuatkan kerjasama dengan PAS turut diikrarkan Umno malam tadi ketika kedua-dua parti terbabit menjalin kerjasama rasmi melalui Muafakat Nasional.

Kata Wan Saiful Bersatu turut memutuskan untuk memberi fokus terhadap pembinaan kekuatan parti melalui amalan politik khidmat dan politik prihatin, serta mengarahkan seluruh jentera untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan siri Jelajah Bersatu 2021 pada masa terdekat untuk memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa,” katanya.

Kes dadah: Anak Mat Sabu fail rayuan terhadap sabitan, hukuman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker