Ujian lesen memandu e-Testing mulai April ini

Ujian lesen memandu e-Testing mulai April ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau e-Testing di seluruh negara mulai April ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, sistem e-Testing ini bertujuan meningkat integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.

Menurutnya, menerusi sistem ini pegawai penguji JPJ akan memantau di bilik kawalan manakala calon yang diuji berada berseorangan di dalam kereta.

Katanya, selain dapat mengurangkan jumlah pegawai JPJ yang bertugas, keputusan ujian memandu juga akan diperoleh dengan segera berbanding dua minggu sebelum ini.

“Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu (IM) terbabit,” katanya pada sidang media pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 JPJ Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan & Operasi, Aedy Fadly Ramli dan Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa, Datuk Lokman Jamaan.

Zailani berkata, calon ujian memandu sistem e-Testing ini perlu melalui enam peringkat iaitu, belajar dalam kelas, di litar dan di jalan raya.

Menurutnya, tidak ada perubahan bagi sesi pembelajaran di dalam kelas dan di atas jalan raya.

Hanya ada perubahan pada sesi belajar di dalam litar iaitu pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.

Katanya, setakat ini terdapat 232 IM di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplilasi e-Testing ini dengan secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

“JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan IM dalam e-Testing itu menepati enam eleman ditetapkan JPJ.

“Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, Malaysia pula akan ke arah sistem itu,” ujarnya. MG

Ujian lesen memandu e-Testing mulai April ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker