‘Komedi sekarang kompetatif, tak macam dahulu’ – Nabil Ahmad

Berlapang dada menerima teguran pelawak senior Hamid Ghurka, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad bagaimanapun menegaskan, persaingan dunia komedi sekarang sangat kompetatif berbanding dahulu.

Kata Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, zamKoraan sekarang, pelawak dan program lawak terlalu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

“Kalau dapat melawak dan pada masa yang sama sampaikan mesej, alhamdulillah itu bonus tapi dunia sekarang bukan macam itu.

“Dunia komedi sekarang sangat kompetatif. Kumpulan kawan ramai dan program lawak pun banyak. Jadi, kena fikir itu. Zaman sudah berubah jadi persaingan sangat kompetatif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Kata pengacara program MeleTOP itu lagi, isu lawak yang tidak sensitif atau tidak mempunyai mesej, semua itu terpulang penerimaan masing-masing.

“Kalau kita rasa apa yang dilawakkan tidak sensitif, terpulang, bergantung kepada penerimaan penonton.

“Saya sebagai pelawak generasi baharu, adalah menjadi satu kesukaran untuk melahirkan idea-idea yang baharu. Macam bidang nyanyian, dunia komedi juga berevolusi.

“Kita sebagai individu yang mencari rezeki dalam bidang ini perlu sentiasa berfikir untuk melahirkan sesuatu yang baharu agar terus ke hadapan dan kelihatan relevan,” katanya.

Terdahulu, Hamid Ghurka berkata kepada Utusan Online, bahawa pelawak masa kini hanya syok sendiri dan tiada mesej dalam berjenaka.

Menurut Hamid lagi, rata-rata pelawak zaman sekarang disifatkan ‘kosong’ dan tidak sensitif dalam berjenaka, sekali gus memberi pandangan buruk terhadap dunia komedi tempatan.

Lebih menguatkan kenyataan Hamid lagi apabila tular dalam media sosial sebuah kumpulan lawak menggunakan jenaka berunsur lucah sehingga mengundang kecaman netizen. Hamid turut meminta ahli kumpulan tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.- K! ONLINE

“Pelawak Sekarang Banyak Syok Sendiri, Kelakar Kosong Dan Tak Sensitif.” -Hamid Gurkha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker