Najib Dituduh Mencuri Tapi Mahathir Dan Keluarga Berbilion Aset Pula

                             Harta anak Mahathir pada tahun 2018

Kenapa pula Datuk Seri Najib perlu mencuri RM42 juta sekiranya dana RM642 juta boleh beliau gunakan bagi kepentingan peribadi namun telah beliau gunakan untuk perbelanjaan CSR dan sedekah?

Perkara yang paling penting Mahathir kali ini ialah wang didapati masuk ke akaun DS Najib tetapi satu sen skandal FOREX pun tidak didapati masuk ke akaun Mahathir.

Orang yang berniat mahu mencuri tidak akan masukkan dana tersebut ke dalam akaun atas nama sendiri di Malaysia.

Dalam perbicaraan mahkamah telah membuktikan bahawa seorang bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang nasihat DS Najib untuk membuka akaun dana dibawah nama sendiri. Ketika akaun dibuka, DS Najib telah mengarahkan bekas gabenor BNM untuk memantau akaun beliau pada tahun 2010 untuk pastikan tiada masalah dengan dana yang masuk ke akaun tersebut.



Malangnya, bekas gabenor tidak melaksanakan arahan tersebut. Malah SPRM telah mengesahkan keluarga bekas gabenor tersebut telah lama berurusan dan menerima dana sebanyak RM700 juta dari Jho Low sejak tahun 2017 hingga ke tahun 2013 termasuk sumber dana dari 1MDB.

Sebanyak RM65 juta baki dari dana tersebut yang disembunyikan oleh keluarganya di Singapura turut dikembalikan ke Malaysia – seperti didedah kenyataan SPRM baru-baru ini pada bulan September 2021.

Namun, hakim sekali lagi tidak mahu menerima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.

Malah Mahathir juga senyap dengan pendedahan ini walaupun beliau yang pernah melantik bekas gabenor ini sebagai seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan (atau lebih dikenali sebagai Majlis orang tua-tua) dan juga pengerusi PNB yang memegang aset bernilai lebih RM340 bilion. Adakah lantikan tersebut habuan kerana menganiaya DS Najib?



Yang Mahathir pernah komen cuma:
“Saya tak tahu, saya tak tahu’ – Reaksi Dr Mahathir tentang tuduhan 1MDB terhadap keluarga Zeti”

DS Najib berharap Mahathir akan memberi kerjasama kepada pasukan siastan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat pendedahan dalam buku Tommy di mana dia mengaku Mahathir dan Tommy pernah campur tangan dalam lantikan dan pertukaran hakim-hakim.

Berbalik kepada kes skandal FOREX BNM bernilai RM33 bilion.
Impak pada negara bagi kes ini amat besar sebab nilai RM33 bilion yang dilesap merupakan lebih 22% daripada keseluruhan nilai KDNK Malaysia pada ketika itu.

Ekonomi kita bernilai RM150 bilion pada tahun 1992 tapi RM33 bilion sudah hilang. Ianya bersamaan dengan kehilangan RM330 bilion hari ini memandangkan nilai KDNK kita hari ini ialah RM1.5 trilion.



Ramai anak muda Malaysia tak sedar tentang kerosakan jangka masa panjang terhadap negara akibat skandal forex masa era mahathir ini.
Selain menurunkan rizab asing negara sehingga kita menjadi antara negara sasaran dalam krisis eknomomi Asia tahun 1997, skandal ini juga telah membawa kepada kerosakan Malaysia Airlines (MAS) dan mengakibatkan kerajaan terpaksa melepaskan pemilikan saham Tenaga Nasional dan Telekom.

Pada tahun 1994, BNM yang merupakan pemegang saham terbesar terpaksa menswastakan MAS kepada tangan swasta. Pembeli MAS sudahpun mendedahkan bahawa ianya Mahathir yang arahkan dia beli MAS untuk bantu menutup sebahagian wang BNM yang lesap.

Sejak itu, MAS sering mengalami kerugian. Panel Suruhanjaya Siasatan diRaja (RCI) juga diberitahu saksi bahawa kementerian kewangan telah memindah milik saham-saham Tenaga dan Telekom kepada BNM pada tahun 1994 supaya rizab BNM tak menjadi negatif dan BNM tak bankrap secara rasmi.

Semasa disoal Panel RCI, Mahathir menjawab bahawa dia tidak tahu BNM menjalankan aktiviti Forex, dia tidak ingat berapa kerugian skandal Forex kerana tiada siapa yang beritahu dia BNM jalankan aktiviti Forex walaupun dia Perdana Menteri dan rizab negara yang hilang sebanyak RM33 bilion merupakan 22% dari jumlah saiz ekonomi negara masa itu.



Kesemua ini terkandung dalam laporan rasmi RCI forex yang telahpun dibentang dalam parlimen pada tahun 2017.

Oleh kerana Mahathir telah gagal 3 kali dalam mahkamah untuk membatalkan laporan RCI, kerajaan PH pun menarik balik laporan polis dibuat oleh Suruhanjaya diRaja atas syor rasmi RCI supaya pihak polis menghentikan siasatan dan mengkasifikasikan kes ini sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA).

Kenapa tiada seorang pemimpin PH pun yang kononnya telus dan ikut “rule of law” pernah bantah langkah Suruhanjaya diRaja tarik balik laporan polis yang disyorkan laporan RCI dan parlimen.Seolah-olah gelaran “diRaja” tidak bermakna.

Sehingga kini, tiada seorang pun pernah didakwa dalam skandal paling besar negara ini dan satu sen pun wang yang hilang tidak pernah dikembalikan.



Langsung tidak boleh dibandingkan dengan 1MDB yang banyak aset dan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi dibuat ketika DS Najib sebagai PM agar setiap satu sen yang hilang dari 1MDB sepatutnya dikembalikan sebelum 31 Dec 2020. Malangnya, kerajaan PH telah batalkan perjanjian penyelesaian ini sebaik sehaja mereka jadi kerajaan.

Najib tidak ada ladang kuda

Najib tidak ada projek resort tepi pantai

Najib tidak ada sebahagian kepentingan dalam hotel mewah 5 bintang



Najib tidak ada syarikat perkhidmatan private jet

Anak-anak Najib tidak memiliki kepentingan besar dalam lebih 12 syarikat disenarai seperti keluarga Mahathir.

Biar rakyat menilai siapa perompak sebenar.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker