Penjawat awam, pelajar IPT ditangkap jual ketum


Seorang penjawat awam dan dua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) antara 12 lelaki Melayu yang ditangkap menjual ketum di Setiawangsa, di sini.

Mereka yang ditahan dalam satu operasi pada Rabu lalu berusia di antara 19 hingga 45 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt. Rajab Ahad Ismail, ketika tangkap kesemua penjual berada di hadapan sebuah kedai di Jalan Setiawangsa.

“Jam lebih kurang 11 malam, bertindak atas aduan awam Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menahan 12 lelaki Melayu di hadapan kedai tidak bernombor,” katanya ketika sidang media.

Beliau yakin kumpulan itu melakukan aktiviti penjualan ketum yang dicampur dengan ubat batuk selama lebih kurang setahun.

Turut dirampas ketika operasi tangkapan itu adalah 14 botol plastik dan 260 bungkusan lutsinar berisi cecar ketum sebanyak 281 liter, 62 botol ubat batuk, lapan bungkus daun ketum dan wang RM700 disyaki hasil jualan.

Jumlah keseluruhan rampasan, ujar Rajan, adalah kira-kira RM7,000.

Beliau percaya semua ketum yang dirampas untuk dijual sekitar Kuala Lumpur.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Kes siasatan akan dilangkapkan sebelum dimajukan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.

Selain itu untuk membendung kegiatan pengedaran dan jualan ketum yang semakin berleluasa, Rajab memaklumkan kes tangkapan kali ini akan diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Oleh kerana mereka tidak serik mengulangi kegiatan ini pihak polis usulkan ambil tindakan di bawah seksyen ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 12 siri serbuan penjualan ketum telah dilakukan oleh polis sekitar Setiawangsa bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2020.

“Dengan jumlah tangkapan 36 orang Melayu (satu perempuan),” tambah beliau. MG

Memo dakwa pemimpin PKR Perlis ketagih ketum dihantar pada Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker