Ebit Lew beri kerusi roda percuma, hubungi nombor yang disediakan

Sebanyak 150 buah kerusi roda untuk dihadiahkan kepada sesiapa yang memerlukan telah disediakan oleh penceramah terkenal, Ebit Lew hari ini.

Memetik statusnya di Facebook, Ebit berkata, kesemua kerusi roda tersebut bakal diagihkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Pohon doakan ya. Baru beli 150 kerusi roda untuk hadiahkan pada sesiapa yang memerlukan.

” Siapa perlu kerusi roda free, boleh hubungi nombor Pertubuhan Kasih Umat Malaysia 011-7078 7900, ” ujarnya di laman Facebook miliknya hari ini.

Tambah Ebit, sekiranya jumlah kerusi roda tersebut telah habis dan tidak mencukupi, pihaknya akan menambah bilangan kerusi roda tersebut.

“Insya-Allah jika habis nanti kami akan tambah lagi, ” tambahnya. K Online

Netizen ‘meluat’ lihat wanita langgar anggota TLDM berkerusi roda ke mahkamah [VIDEO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker