Netizen ‘meluat’ lihat wanita langgar anggota TLDM berkerusi roda ke mahkamah [VIDEO

 

Pemandu Perodua Myvi hadir ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Sabtu lalu.

Wanita berusi 23 tahun itu dihadapkan ke mahkamah dengan lima pertuduhan termasuk memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, penyalahgunaan dadah serta tidak memiliki lesen memandu.

Dua anggota polis tolak kerusi roda

Menerusi video yang dikongsi Kosmo! Online di Facebook, tertuduh hadir di mahkamah menaiki kenderaan polis tidak berjalan sendiri malah perlu ditolak menggunakan kerusi roda oleh dua anggota polis.



Amboi tangan tak bergari macam tak salah

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat tertuduh dilayan sebegitu termasuk disorong dengan kerusi roda.

Tak boleh jalan sendiri ke?

Tiba2 sakit kena guna kerusi roda



Bukan raja, tak payah tolak kerusi dia

Terdahulu, mangsa Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian setelah dirempuh kenderaan Perodua Myvi tersebut.

Sumber: Kosmo Online (Mohd Sharkawi Londing)

Kredit: OhMyMedia



 

Pemandu Myvi Rempuh Kereta Anggota TLDM semalam Disahkan Positif Dadah



Related Articles

One Comment

  1. “mabuk dadah” pun sama mcm mabuk arak.. apalagi kalo mangsa smp mati.. sharusnya hukuman sama berat sb mnyebabkan kematian, nokhtah.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker