Pemandu Myvi Rempuh Kereta Anggota TLDM semalam Disahkan Positif Dadah

Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan berdekatan Plaza Pelangi, Johor Bahru semalam selamat dikebumlkan di Tanah Perkburan Islam Bandar Tenggara, Kulai selepas solat Asar.

Kehilangan Mohd Rizal Buseri yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengundang slmpati orang ramai, apatah lagi arwah pergi meninggalkan isteri serta tiga orang anak yang masih kecil.



Memetik laporan Kosmo! Online, kakak ipar mangsa dikenali sebagai Farhana Amir berkata, arwah baru menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya beberapa hari lalu selain kerap berdiam diri.

“Dia (mngsa) ada tiga anak berusia lima, dua tahun dan lapan bulan,” katanya.

Menerusi laman Facebook, salah seorang sahabat arwah yang dikenali sebagai Siti Nuraisha turut terkejut mengenai kejadian tersebut dengan memuat naik beberapa posting ucapan takziah.

Menerusi laman Facebook, salah seorang sahabat arwah yang dikenali sebagai Siti Nuraisha turut terkejut mengenai kejadian tersebut dengan memuat naik beberapa posting ucapan takziah.



Moga isteri terus kuat untuk anak2

Aku mengaku aku tak kuat

 

Terdahulu, arwah yang berusia 31 tahun tersepit di bahagian pemandu selepas kereta Honda Accord dipandunya dalam kea­daan terbalik setelah dilanggar sebuah kereta lain yang terbabas

Johor Bahru: Polis menahan pemandu Perodua Myvi yang terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini semalam, hingga menyebabkan lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia.



Difahamkan pemandu itu adalah wanita berusia 23 tahun. Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dia yang sudah ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Padzli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila pemandu Perodua Myvi hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.

“Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik dan pemandu Honda Accord parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.



Pemandu Proton Iswara berusia 78 tahun pula cedera.

 

KERETA mangsa terbalik selepas dirempuh Perodua Myvi. FOTO Ihsan Bomba.
KERETA mangsa terbalik selepas dirempuh Perodua Myvi. FOTO Ihsan Bomba.

Sementara itu, Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, pihaknya sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota ke lokasi dan mengeluarkan mangsa yang berada di Honda Accord.

“Mangsa berusia 31 tahun tersepit di bahagian pemandu dan kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya. Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya memberitahu operasi ditamatkan pada 10 pagi – HM



Sementara itu..

Polis sangkal dakwaan pemandu Myvi elak kenderaan berhenti

 

JOHOR BAHRU – Polis menyangkal dakwaan pemandu kereta Perodua Myvi mengelakkan kenderaan berhenti di depannya hingga terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi dekat sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rakaman video yang tular di media sosial jelas menunjukkan kereta dipandu wanita berusia 23 tahun itu merempuh kereta Honda Accord dinaiki mangsa hingga kedua-dua kereta terbalik.



Katanya, video tersebut turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya melainkan tindakannya memecut laju ketika sampai di lokasi kejadian.

“Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju.

“Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh, positif methamphetamine lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas menghadiri Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan Dan Komuniti Kepolisian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU).

Semalam, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu. – K! ONLINE.

 

Kredit : Dedah Media , Harian Metro , Kosmo

‘Bawa Laju Sangat!’ – Kereta Dihentam Teruk, Pemandu Maut Tinggalkan 3 Anak Kecil..-Al-Fatihah [ VIDEO ]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker