Peniaga bazar Ramadan wajib suntik dos penggalak, tiada arahan buat masa ini

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tiada mengeluarkan sebarang arahan atau ketetapan supaya setiap peniaga di bazar Ramadan wajib mengambil suntikan dos penggalak Covid-19 sebelum pembukaannya nanti.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, pihaknya tidak mengeluarkan arahan itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau penganjur bazar berkenaan.

“KKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan atau syarat kepada PBT untuk beri ‘booster’ (dos penggalak). Ini semua adalah bidang kuasa pihak berkenaan.



“Jika pasar malam, ia adalah di bawah bidang kuasa PBT, dan di masjid pula Jabatan Agama Islam Negeri,” katanya ketika sidang akhbar sempena majlis pelancaran Persidangan Tahunan Dialisis, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu tular di media sosial sebelum ini mengenai hantaran seorang wanita, memuat naik surat arahan sebuah PBT yang meletakkan syarat tiga suntikan vaksin Covid-19, termasuk dos penggalak, ke atas peniaga dan pembantu gerai di bazar Ramadan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, wanita itu turut dikata menyalahkan Khairy Jamaluddin kerana menyangkakan arahan tersebut dikeluarkan daripada beliau untuk dilaksanakan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker