Kelantan FC ‘dirogol’ Perak FC 0-8

KUALA LUMPUR: Kelantan FC terus berada dalam tekanan di tangga tercorot Liga Super selepas dibelasah Perak FC 0-8 pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Lebih parah, mereka membenarkan Perak FC ‘kenduri gol’ apabila tuan rumah mudah menyumbat lima gol hanya dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan terbabit.

Keputusan itu menyaksikan skuad ‘The Red Warriors’ tewas tiga aksi berturut-turut yang juga menjadi kekalahan ke-18 mereka dalam saingan liga setakat ini.



Pada aksi terbabit, Perak FC meledak dua gol pantas hanya dalam tempoh empat minit menerusi Luka Milunovic (m13) dan Wan Zack Haikal Wan Nor (m17) untuk tuan rumah mendahului dua gol.

Tidak cukup dengan dua gol, Milunovic terus ‘mengganas’ apabila menambah gol kedua peribadinya untuk membantu Perak FC berkelebihan dengan tiga gol hanya dalam tempoh 25 minit.

Tujuh minit berselang, Kelantan FC ‘bocor’ lagi apabila Milunovic melengkapkan hatrik pertamanya buat ‘The Bos Gaurus’ sebelum Shivan Pillay menyumbat gol sulungnya pada minit ke-37.

Bersambung selepas rehat, hanya dua minit diperlukan Perak FC untuk menambah gol keenam menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Seo Seonung dan pemain itu meledak gol keduanya pada minit ke-66.



Luciano Guaycochea melengkapkan malam gemilang tuan rumah dengan gol kelapan pada minit ke-82.

Sebagai rekod, ini bukanlah kekalahan terburuk Kelantan FC musim ini kerana mereka pernah dibelasah 8-0 oleh Terengganu FC (TFC), 0-10 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan 2-11 oleh Selangor FC (SFC).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker