Ini formula dapat ubah nasib Harimau Malaya

BOLA sepak dan matematik. Bolehkah matematik meningkatkan kualiti pasukan bola sepak sesuatu pasukan termasuk skuad kebangsaan China atau Malaysia?

Cendekiawan tersohor China, Profesor Dr Yau Shing-Tung percaya matematik boleh melonjakkan prestasi pasukan kebangsaan China.

Profesor di Pusat Sains Matematik Universiti Tsinghua, Beijing, China itu mendesak pasukan bola sepak republik tersebut mengkaji bidang matematik sekiranya ingin meningkat kualiti permainan, selepas China tewas 1-3 kepada Vietnam baru-baru ini.



Bekas profesor Harvard University, Amerika Syarikat itu menegaskan pemain kebangsaan China mesti mula mengkaji kepentingan matematik untuk memahami aspirasi perjuangan di atas padang.

Bagaimanapun, penulis ingin menegaskan kesukaran untuk menggabungkan dua subjek berbeza iaitu matematik dan kehidupan.

Bola sepak sebenarnya ialah satu permasalahan matematik yang kompleks. Ada banyak perkara untuk dirumus dan dikira ketika beraksi.

Asas geometri boleh memberi penerangan tentang struktur analitik di atas sesuatu ruang. Dalam kes ini ia merujuk kepada padang bola sepak.



Objek geometri ditakrifkan struktur tersebut iaitu tendangan dan pergerakan bola di atas padang.

Persoalannya bagaimanakah formula matematik boleh dirumuskan berdasarkan sukan yang pantas seperti bola sepak dan menghasilkan keputusan terbaik?

Pengukuran hasil kemajuan berlandaskan pelbagai faktor boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi teknologi termoden untuk mendapatkan maklum balas tentang prestasi pemain bola sepak atau atlet.

Pakar jurutera matematik boleh menggunakan aplikasi tertentu untuk menganalisis permainan bola sepak demi mencari hubungan antara hantaran berpusat (passing centrality) dan hasil permainan (game results).



Kaedah ini menggunakan dua hipotesis berbeza iaitu ketumpatan rangkaian penghantaran bola dalam permainan dan penggunaan laporan dihasilkan dalam proses pemusatan pasukan (centralization of team).

Ia disulami tiga teknik berlainan pemusatan rangkaian berasaskan nod dan ikatan rangkaian (node and tie based network centralization), cara pemusatan berat (weight centralization) berdasarkan rangkaian paling terdesentralisasi (most decentralised) untuk menghasilkan nod berinteraksi antara satu sama lain secara sama rata dan pemusatan kekuatan (strength centralization).

Kaedah lain menggunakan matematik digunakan dalam bola sepak termasuk jarak meter, sudut dan padang.

Setiap permainan bola sepak memerlukan pengiraan nombor positif atau negatif untuk penentuan kalah menang.



Sebagai contoh, pemain mempunyai dua pusat pemeriksaan untuk dituju iaitu tiang sisi gawang lawan dan sudut untuk menjaringkan gol.

Lebih besar sudut tersebut, besar peluang untuk membolosi gawang lawan.

Apa yang penulis ingin cetuskan di sini ialah pembelajaran dan pengajian sesuatu ilmu serta aplikasinya tidak semesti bergantung kepada bahan bacaan terdahulu.

Pembelajaran matematik sebenarnya bergantung kepada keadaan sekelilling yang telah, sedang dan akan berlaku supaya ilmu digubah berdasarkan senario semasa.



Perkara berkaitan matematik telah dijelaskan ALLAH SWT dalam beberapa surah termasuk surah Al-Qamar [54:49-53] bermaksud “Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (matematik); dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kedipan mata; dan sesungguhnya telah Kami binasakan orang yang serupa dengan kamu. Maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan; dan segala (urusan) yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.”

Sekiranya pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu mengubah nasib pasukan kebangsaan, beliau juga harus menggunakan faktor matematik.

Kesimpulannya matematik ialah sebahagian daripada kehidupan manusia. Jumlah solat lima waktu juga melambangkan kepentingan matematik dalam kehidupan.

Mungkin juga ada kebenarannya bahawa matematik mampu meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan China dan Malaysia.



* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteran Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor

Ini formula dapat ubah nasib Harimau Malaya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker