Agong ‘Selfie’ Dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Selesai Lawatan Khas Ke UAE
Semalam merupakan hari terakhir bagi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan lawatan khas di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Lawatan khas Agong ke sana adalah atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamaed Zayed Al Nahyan.
Pelbagai aktivti yang telah dijalanankan bagi membincangkan mengenai hal ekonomi dan pembangunan negara.
Namun, antara aktiviti yang menarik perhatian baginda adalah melakukan pemburuan di ladang Putera Mahkota Abu Dhabi itu sendiri.
Aktiviti hari terakhir
Menerusi sebuah posting Istana Negara di laman Instagram, dapat dilihat Seri Paduka bergambar bersama Sheikh Mohamed sebelum melakukan aktiviti pemburuan.
Sukan tradisi UAE
Difahamkan juga, aktiviti pemburuan itu merupakan sukan tradisi yang akan dilakukan rakyat UAE di padang pasir.
“Pemburuan mengunakan burung falcon adalah sukan tradisi rakyat UAE untuk dilakykan di padang pasir,” tulis kenyataan tersebut.
Lebih menarik lagi apabila aktiviti pemburuan yang mengunakan kereta itu dipandu sendiri oleh Sheikh Mohamed merentasi padang pasir dimana Al-Sultan Abdullah turut sempat mengambil swafoto.
Untuk makluman, Seri Paduka dan Sheikh Mohamed telah menjalin tali persahabatan sejak 40 tahun yang lalu-OhMyMedia
Sumber: Instagram Istana Negara
You must be logged in to post a comment.