Lelaki disyaki tikam kakak ipar direman 7 hari

KUALA LUMPUR: Polis menahan reman seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai menikam kakak iparnya hingga mati dalam kejadian di sebuah pangsapuri di USJ 7, Subang Jaya semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa berusia 45 tahun yang juga kakak kepada isteri suspek, ditikam pada bahagian belakang badan selepas cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, suspek berusia 42 tahun dipercayai berang selepas isterinya tidak menyediakan makanan mencukupi sebelum menarik rambut dan menumbuk kepala wanita berkenaan.

Mangsa cuba membantu namun ditikam pada bahagian belakang oleh suspek yang berada dalam keadaan mabuk, katanya dalam kenyataan.

Amihizam berkata, suspek kemudian cuba melarikan diri namun ditahan di tingkat bawah pangsapuri tersebut kira-kira 8 malam dan kini direman hingga 7 Jan depan bagi membantu siasatan kes itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker