‘Kit Siang kelakar’

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Malaysia yang merupakan negara pilihan terbaik untuk menjadi destinasi pelaburan langsung asing (FDI) global menurut ranking Negara Terbaik Untuk Dilabur pada tahun 2017 tahun ini jatuh ke tempat ke-13 tahun ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mula jatuh ke tempat keempat untuk tahun 2018 di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Namun berita ini tidak dilaporkan oleh media arus perdana masa itu sebagaimana ia dilaporkan secara meluas pada tahun 2017.

“Walaupun berita ini juga disorok oleh media arus perdana sekali lagi, ia mendapat perhatian Lim Kit Siang yang kuat menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Najib (MenHEN).

“Semalam dia keluarkan satu kenyataan akhbar tentang isu ini dan menyalahkan sebaran berita palsu dan ucapan kebencian sebagai faktor yang menyebabkan kejatuhan ranking pelaburan kita,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Najib menyifatkan ia sebagai sesuatu yang amat ‘hipokrit’ dan ‘kelakar’ kerana Kit Siang tidak menyalahkan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan terhadap kejatuhan ranking tersebut.

“Masa saya masih Perdana Menteri, sudah gerenti Kit Siang akan salahkan saya serta tuduh saya gagal.

“Mereka yang menggunakan berita palsu dan hasutan sebagai senjata utama mereka selama ini. Yang bersungguh-sungguh mahu hapuskan akta berita palsu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dan mereka juga yang mahu hentikan berita palsu serta hasutan beransurkan kebencian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker