Penyeludupan daging beku di sempadan Kelantan, Sarawak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat kegiatan penyeludupan daging beku di sempadan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab di beberapa negeri di seluruh negara.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar berkata, antara negeri dikenal pasti menjadi lokasi kemasukan daging beku secara haram ini ialah Kelantan dan Sarawak.

Beliau berkata, isu penyeludupan daging beku ini bukannya isu baharu dan pihaknya sentiasa berdepan kes seperti ini serta membuat tangkapan terhadap mereka yang didapati cuba membawa masuk daging berkenaan secara tidak sah.

“Ya, memang ada kemasukan (daging beku secara tidak sah). Penyeludupan daging beku ini banyak (kita buat tangkapan) dan pelbagai rampasan juga kami lakukan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import yang tular di media, baru-baru ini.

Sumber SPRM dilaporkan berkata, siasatan itu akan dijalankan mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada 1 Disember lalu, sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai, Johor Bahru, Johor diserbu pihak berkuasa hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku.

Kartel berkenaan dipercayai menjadikan sebuah gudang di Senai sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang dibungkus semula itu. HM

Akan tahan pengurus syarikat daging sejuk beku selepas baik demam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker