MCA jawab pelawaan Sanusi


MCA jawab pelawaan Sanusi

MCA berkata tiada perbincangan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) walaupun mengumumkan tidak bertanding pada PRN enam negeri.

Setiausaha Agung Chong Sin Woon berkata, buat masa ini “tidak ada isu” untuk MCA masuk ke mana-mana pakatan politik baharu.

“Jawatankuasa Pusat MCA hanya membuat keputusan tidak serta dalam PRN enam negeri. Tiada sebarang perbincangan untuk keluar BN.



“Jadi, tidak ada isu nak masuk ke mana-mana pakatan politik baharu,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas cadangan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Sanusi Md Nor kepada MCA dan MIC, supaya meninggalkan BN dengan menyertai gabungan itu, yang sedia menawarkan kerusi campuran kepada mereka pada PRN.

Sanusi berpendapat, MCA dan MIC memutuskan tidak menyertai PRN disebabkan layanan tidak adil, khasnya membabitkan kerusi campuran dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Menteri besar Kedah itu juga tidak menolak keputusan MCA dan MIC isyarat bantahan terhadap Zahid Hamidi sebagai pengerusi BN.



Sementara itu, Presiden MCA, Wee Ka Siong, dalam hantaran ringkas di Facebook berkata “tidak” kepada cadangan Sanusi.

Rabu lalu MCA dan MIC mengumumkan tidak bertanding dalam PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan pada 12 Ogos ini.

Semalam, Zahid menafikan dua parti komponen itu memboikot BN, sebaliknya pemimpin MCA dan MIC menyuarakan komitmen untuk membantu jentera gabungan tersebut pada PRN enam negeri. FMT

MCA jawab pelawaan Sanusi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker