UMS bangun aplikasi tempahan makanan kantin sekolah

UMS bangun aplikasi tempahan makanan kantin sekolah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) membangunkan aplikasi tempahan makanan untuk kantin sekolah dalam usaha mewujudkan urus niaga tanpa tunai.

Seramai lima penyelidik dari Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) terbabit dalam pembangunan aplikasi itu yang dibuat untuk kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan, di sini.

Mereka ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Dr Anath Rau Krishnan; Pensyarah Kanan UMSKAL, Dr Suzillah Sidek dan Dr Sharinah Puasa serta dua lagi pensyarah FKAL iaitu Muhammad Hafizi dan Zakiah Hassan.

Turut membantu mereka ialah lima guru SMK Labuan yang diketuai Penolong Kanan Tingkatan Enam, Saminan Sabtu.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Dr Anath berkata, sistem aplikasi yang menggunakan telefon bimbit itu sudah siap dan percubaan dalam kalangan ahli juga sudah dilaksanakan.

“Ujian rintis sistem itu dijangka dilaksanakan pada pertengahan Julai ini yang membabitkan pihak sekolah, pengusaha kantin dan pelajar SMK Labuan.

“Sistem yang dibina berupa aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon bimbit untuk memudahkan penggunaan. Ini akan memberi banyak faedah kepada ramai pihak terutama sekali pelajar.

“Ia juga secara tidak langsung dapat mempromosikan urus niaga ‘cashless’ di peringkat sekolah,” katanya yang juga ketua projek pembangunan aplikasi berkenaan.

Sebelum ini, Dr Anath membentangkan sistem aplikasi berkenaan pada mesyuarat bersama pentadbir SMK Labuan yang dipengerusikan pengetuanya, Mohd Nizam Yasim pada 30 Jun lalu.

Sementara itu, Mohd Nizam menyambut baik kerjasama dengan UMS dan menyatakan sokongan sepenuhnya daripada pihak sekolah bagi pelaksanaan sistem aplikasi berkenaan.

Latihan penggunaan aplikasi itu yang membabitkan pihak sekolah, pengusaha kantin dan pelajar dijadual dilaksanakan dalam masa terdekat. BH

UMS bangun aplikasi tempahan makanan kantin sekolah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker